Monday, February 1, 2016

AKU GILA EMAS!

Selamat sejahtera ke atas kamu semua sekalian pembaca saya sekarang ni. :)

Mulakan hari anda dengan senyuman disertakan dengan hati yang redha dan tawakal dengan cabaran pada hari ini ye? Hehehe..

Siapa kat sini GILA EMAS????? Hehehe. Kalau korang angkat tangan, dah boleh join aku la ni. Hehehe. Boleh teruskan membaca bebelan aku pagi2 ni. :)

Sebenarnya, kesedaran aku terhadap emas tak le ke mana pun. Aku pun tak tau la sangat pasal kepentingan emas ni. Yang aku tau, kalau setiap kali raya menjelma, mak aku akan panggil aku, dan pakaikan aku serba satu emas lengkap untuk aku. Ada rantai tangan, rantai leher, subang dll.

Kemudian, pada zaman belajar aku pun, aku takda la menunjukkan minat yang mendalam terhadap emas ni. Itupun aku baru perasan yang aku ni ada emas, bila sahabat aku melahirkan perasaan cemburu, kerana aku hanya seorang anak perempuan dalam keluarga, maka aku dapat satu set lengkap barang kemas, jika dibandingkan dengan dia, yang perlu berkongsi dengan adik perempuannya yang lain.

Kesedaran tentang emas tu pun mula hinggap dalam kepala aku, apabila aku tidak ada duit nak bayar hutang kawan aku dan sewa rumah pada masa tu. Itupun, sebab malu dan takut nak minta duit mak abah lagi. Huhuhuhu.

Jadi, satu langkah yang aku tau, ialah menggadaikan emas aku, yang pada masa tu, rantai tangan untuk mendapatkan tunai. Aku pun menggadaikan emas di satu koperasi di tempat aku belajar dulu, dan aku hanya mengambil RM 300 sahaja daripada nilaian emas tersebut dan bila dapat elaun, aku terus tebus emas tu. Mampos wooo kalau aku tak tebus emas tu. Emas mak aku bagi tu. Hehehe...

Sehinggalah aku bekerja, ada sahabat aku mengajar aku "biakkan emas" dengan memanipulasi Arrahnu. Bukan memanipulasi apa pun, maksudnya, dia mengajar aku, gadai emas, untuk dapatkan tunai, dan hasil tunai tu kita beli emas baru (yang senilai dgn gram emas kita  beli tu), dan gadai lagi, kemudian, beli emas lagi, dan seterusnya. Tujuannya ialah kita membiakkan emas kita ada, dan kita hanya perlu membayar bulanan sehinggalah emas kita tu tertebus. 

Konsepnya, hanya modal kali pertama je kita perlu keluarkan utk membeli emas, dan seterusnya emas dibeli dengan menggunakan duit pinjaman daripada gadaian tersebut.

Dari situ, baru aku mula berjinak-jinak mengumpul emas berdikit-dikit. Cuma aku telah melakukan kesilapan pada masa itu, aku tidak ada ilmu spread (susut nilai) ketika melakukan manipulasi tersebut. Makanya, aku ada la mengalami sedikit kerugian, tetapi emas tetap ada!

Dan pada masa itu juga aku pun tidak ada lagi ilmu berkenaan dengan jenis-jenis emas (916, 999. 850, 735), makanya aku telah melakukan sedikit lagi kesilapan dengan melakukan trade in barang kemas ketika hendak menghadiahkan emas kepada mak mentua aku.

Walaubagaimanapun, emas tetap emas. Dan menerusi kesilapan aku, aku telah mempelajari banyak lagi ilmu emas selepas itu, dan akuk telah menjadi seorang yang GILA EMAS, pantang ada duit, beli emas, pantang ada duit beli emas. Cuma itulah, bila aku dah berkecimpung dalam business, mula la emas2 tu aku leburkan utk modal business, yang menampakkan kerugian lebih daripada keuntungan. Huhuhu.

Tetapi, tidak mengapa. Frust memang frust. Tetapi, kesilapan mengajar kita utk lebih berwaspada. Jadi, selama empat tahun, aku menuntut ilmu emas, secara langsung, secara informal dan formal, masuk dalam group emas, dan seumpamanya, sehinggalah aku hampir berkecimpung dalam pelaburan emas. 

Nasib baik hampir sebelum terjerumus. Huhuhu. Bersyukur juga. Sebab aku banyak gunakan logik akal, dan hukum dalam agama sebelum tamak menguasai diri.

Jadi, setelah lama aku mengkaji, aku telah jatuh hati dengan dua program emas. Iaitu:

1. Kempen 1 bulan 1 gram 1 keluarga
2. Labur duit utk 3 tahun, kemudian dapat pulangan emas + hibah

Fikir punya fikir....kaji punya kaji.....aku pun membuat keputusan untuk.........


JOIN KEMPEN 1 GRAM 1 BULAN 1 KELUARGA.

Nak tau apa benda tu???? Stay tuned! :)

No comments:

Klik