Selamat sejahtera ke atas pembaca sekalian.
Bertemu lagi kita ye di sini. Membaca setiap bebelan saya. Macam lambat je nak sampai kepada maksud tujuan penulisan saya selama ni. Hehe.
YE, berkenaan dengan tajuk post saya kat atas, itulah perkataan saya yang pertama yang saya keluarkan bila kawan saya cakap, JOM SIMPAN EMAS.
Kalau dalam post dulu, saya ada cakap kan yang saya GILA EMAS kan? Pada masa tu, saya hanya tau beli barang kemas je. Tunggu bila duit ada je, mula la saya menjeling kat kedai emas, tengok2 barang kemas yang berkenan. Nilaian emas ketika itu paling tinggi pun saya shopping sekitar RM 2000- RM7000.
Jadi, bila saya berkenalan dengan satu program/kempen SIMPAN EMAS - 1 GRAM 1 BULAN 1 KELUARGA, saya tertarik kerana barang kemas saya yg saya selalu beli biasanya 5 gram ke atas, dan itu pun saya akan beli bila ada duit lebih. Itu pun bukannya saya beli bulanan kan???
Jadi, bila ada kempen SIMPAN 1GRAM EMAS 1 BULAN 1 KELUARGA, saya berpendapat kempen ini ada rasionalnya sendiri, WALAUPUN, respon saya pertama kali ialah, "DUIT MAKAN PUN TAKDA, INI KAN PULA NAK SIMPAN EMAS?????"
Kenapa saya kata ada rasional? Sebab saya pernah menyimpan duit, dan duit simpanan itu bila sampai masa terdesak, AKAN susut simpanannya. Kenapa? Sebab ada bagi orang pinjam, ada TER guna duit simpanan, ada utk kecemasan dan seumpamnya.
Berapa banyak saya simpan duit dalam sebulan? Ada la dalam RM100 maksimum. Itu pun terculas terguna dan seumpamnya.
Tetapi, bila saya diperkenalkan dengan kempen SIMPAN EMAS 1 GRAM, 1 BULAN, 1 KELUARGA, saya terdorong kerana rasionalnya yang kedua iaitu, BILA KITA ADA EMAS, KITA SAYANG NAK JUAL. KALAU GADAI/PAJAK, KITA MASIH ADA EMAS TETAPI DISIMPAN DALAM BANK SEHINGGA LAH KITA TEBUSNYA KEMBALI.
Simpanan saya RM100 itu, saya MASIH LAGI boleh menyimpan emas serendah 0.5g. Kalau saya tambah lagi dalam RM 100, saya masih boleh menyimpan emas 1g dalam bentuk jongkong (gold bar). Kan berbaloi kan?...
Kenapa saya kata berbaloi? Sebab kalau saya ada RM 200 setiap bulan, KEBARANGKALIAN saya nak guna duit simpanan itu, adalah TINGGI. Tapi, kalau saya ada 0.5gram atau 1 gram emas, inshallah saya akan simpan emas itu, dan sedaya mungkin tidak akan gadai/pajak/jual melainkan betul2 terdesak.
Tambahan pula, dalam kempen ini, ada menawarkan emas yang paling rendah yang membolehkan individu seperti saya dan anda semua MAMPU menyimpan emas. Bermakna, menerusi kempen ini, EMAS BUKAN SIMPANAN ORANG KAYA SAHAJA,, tetapi orang2 macam saya, macam anda yang masih membaca bebelan saya ni, masih boleh menyimpan EMAS.
Simpan EMAS, beb..
Dan kita tukarkan wang simpanan kita kepada emas. Tukarkan kepada aset yang lebih berharga. JANGAN GUNA DUIT MAKAN utk BELI EMAS. Gunakan duit simpanan utk tukarkan kepada emas. Kerana nilai duit adalah tinggi. Tapi nilai susut emas adalah rendah.
Kalau nak beli tanah, kena beli sebidang, mana boleh beli sekaki tanah.
Kalau nak beli rumah, kena beli sebuah, mana boleh beli sekaki.
Kalau nak beli emas, boleh beli segram, segram. Tak perlu tunggu emas sekilo, baru nak beli. Hehe.
DARI SATU GRAM AKAN JADI SATU KILO :)
No comments:
Post a Comment